
SHAKAR GARH, 5 Januari- Sungai Ravi di Pakistan menyaksikan peningkatan bilangan ikan susulan banjir baru-baru ini, sekali gus memberi peluang pendapatan kepada nelayan tempatan.
Seorang nelayan muda, Muhammad Arif dari Hakimpura berjaya menangkap seekor ikan bersaiz ‘gergasi’ seberat 102 kilogram (kg) berhampiran Kartarpur Shakargarh, dianggarkan bernilai sekitar Rs 200,000 (sekitar RM3,000).
Beliau berkata populasi ikan meningkat dengan ketara selepas banjir berlaku.
Sebelum ini, Muhammad Arif juga pernah menangkap seekor ikan seberat 65kg yang dijual pada harga Rs 100,000.
Walaupun banjir menyebabkan kerosakan meluas, limpahan ikan di sungai itu kini menjadi sumber harapan dan pendapatan bagi banyak keluarga. -Reuters