Pejuang kanan, penduduk Palestin terus jadi mangsa korban Israel

GAZA, 14 Disember – Pejuang Kanan Tentera Hamas Ra’ad Sa’ad maut susulan serangan yang dilancarkan tentera rejim Zionis Israel ke atas Gaza pada Sabtu.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), beberapa penduduk Palestin turut terkorban dan cedera apabila pesawat tanpa pemandu Israel menyasarkan sebuah kenderaan di bahagian barat Bandar Gaza.

Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu menyatakan bahawa serangan pesawat rejim Zionis ke atas kenderaan di barat Bandar Gaza menyebabkan kematian dan kecederaan beberapa penduduk Palestin.

Pihaknya mengecam tindakan kejam Israel yang sengaja ingkar perjanjian gencatan senjata melalui eskalasi pelanggaran berterusan.

Hamas turut mengecam serangan tentera Israel dan menyatakan pihak Israel terus mengekalkan sekatan ke atas Gaza, sekali gus menyekat usaha bantuan kemanusiaan.

Hamas juga menyeru kepada pihak perantara dan negara penjamin gencatan senjata supaya melaksanakan tanggungjawab dengan serius dan mengambil tindakan segera terhadap rejim Zionis Israel daripada terus mencabuli perjanjian dan menggugat mekanisme gencatan senjata.- REUTERS

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.