Pemuda Palestin cedera akibat tembakan tentera Israel

GAZA, 14 Februari- Seorang pemuda Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan tentera Israel di bandar Khuzaa, selatan Gaza, pada Jumaat.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan berkata mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Seorang lelaki muda cedera akibat tembakan tentera Israel di bandar Khuzaa, timur Khan Yunis, selatan Gaza,” lapor WAFA.

Orang awam Palestin terus menjadi mangsa serangan berterusan Israel, walaupun gencatan senjata Israel-Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.