Pemuda Palestin cedera diserang rejim zionis

JERICHO, 13 Julai- Seorang pemuda Palestin diserang rejim zionis di kawasan al-Auja, utara Jericho, malam tadi.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), menurut sumber keselamatan, kenderaan lelaki Palestin itu turut dimusnahkan Israel.

Lelaki berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat serangan berkenaan.

Keganasan dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin meningkat sejak 7 Oktober tahun lalu.

Beberapa negara turut mengenakan sekatan terhadap Israel yang terus melakukan serangan terhadap Palestin.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.