Prabowo Subianto angkat sumpah Presiden Indonesia

JAKARTA, 20 Oktober – Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029 di Parlimen Indonesia, pada Ahad.

Majlis itu turut disaksikan pemimpin asing dan wakil khas, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lafaz sumpah di hadapan anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat juga dihadiri para tokoh nasional, pemimpin parti politik dan pihak kedutaan.

Majlis itu disiarkan secara langsung di stesen televisyen negara itu.

Prabowo, bekas jeneral dan menteri pertahanan, menggantikan Joko Widodo, yang telah memimpin Indonesia selama sedekad.-AFP

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.