Ramai anggota keselamatan Maduro terbunuh dalam serbuan AS

CARACAS, 5 Januari – Sebahagian besar pasukan keselamatan bekas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dilaporkan terbunuh dalam serbuan Amerika Syarikat (AS), yang membawa kepada penahanan beliau pada Sabtu lalu.

Menteri Pertahanan Venezuela, Jeneral Vladimir Padrino menerusi kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata, serbuan berkenaan mengakibatkan kematian ramai anggota pasukan keselamatan yang bertanggungjawab melindungi Maduro.

Bagaimanapun, Padrino tidak mendedahkan angka sebenar korban.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pengisytiharan Naib Presiden, Delcy Rodriguez, sebagai presiden sementara.

Tambahnya, angkatan bersenjata telah diaktifkan di seluruh negara bagi menjamin kedaulatan Venezuela.-REUTERS

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.