
PARIS, 6 Januari -Menara Eiffel dan kawasan taman sekitarnya diselaputi warna putih pada Isnin apabila salji turun di ibu negara Perancis itu.
Keadaan itu menceriakan pelancong namun mengundang kekangan terhadap para pengembara susulan risiko pembatalan penerbangan.
Kejadian salji yang tidak dijangka itu memukau pengunjung, dengan pemandangan Paris bertukar seolah-olah kad pos musim sejuk.
Bagaimanapun, para pengguna jalan raya terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas teruk di lebuh raya sekitar ibu kota, manakala lapangan terbang Charles de Gaulle dan Orly di Paris mengurangkan jumlah penerbangan sebanyak 15 peratus pada Isnin.
Peramal cuaca kebangsaan Perancis, Meteo-France, mengeluarkan amaran salji dan ais melibatkan wilayah Paris serta beberapa kawasan di barat laut negara itu, dengan keadaan berbahaya dijangka berterusan hingga Selasa, 6 Jauari dan Rabu, 7 Januari. – REUTERS