Sembilan tentera Columbia maut dalam nahas helikopter

BOGOTA, 30 April– Sembilan tentera Columbia maut, semalam, apabila helikopter mereka terhempas di jabatan Bolivar utara, di mana lokasi tentera sedang memerangi kartel kokain terbesar, kata pihak berkuasa.

Presiden, Gustavo Petro menerusi X memaklumkan nahas berlaku ketika helikopter itu menghantar tentera baharu untuk operasi menentang Klan Teluk.

Petro mahupun tentera tidak menyebut punca nahas helikopter Mi-17 buatan Russia atau sama ada Klan, dengan kira-kira 4,000 pejuang bersenjata, mempunyai kaitan dengannya.

Menurut tentera, tiada yang terselamat. – AFP

Hey there! Ask me anything!