Serangan dron ragut 10 nyawa di Sudan, tujuh kanak-kanak terbunuh

Port Sudan, 6 Januari- Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh termasuk tujuh kanak-kanak dalam serangan dron di bandar El-Obeid, Sudan, pada Isnin, menurut sumber perubatan.

Saksi berkata serangan itu mengenai sebuah rumah di pusat El-Obeid, ibu negeri Kordofan Utara yang dikuasai tentera.

Bandar berkenaan sejak beberapa bulan lalu menjadi sasaran kepungan Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Sudan dilanda konflik sejak April 2023 susulan perang antara tentera dan RSF. Keganasan paling teruk ketika ini tertumpu di wilayah Kordofan Selatan.

Ratusan ribu penduduk kini berdepan risiko kebuluran di seluruh kawasan terjejas.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan konflik berkenaan telah meragut puluhan ribu nyawa dan memaksa lebih 11 juta orang berpindah. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.