AMERIKA SYARIKAT, 21 November – Gencatan senjata segera menjadi tuntutan utama Amerika Syarikat dan Ukraine pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Nmaun, berbeza dengan pendirian Russia yang terus mempertahankan operasi ketenteraannya di Ukraine.
Duta Russia ke PBB, Vassily Nebenzia, menuduh Presiden Volodymyr Zelenskiy memaksa dan melarang tentera berundur serta hanya mahukan gencatan senjata bagi memberi ruang kepada pasukan Ukraine yang didakwanya semakin lemah.
Sementara itu, Duta Amerika ke PBB, Mike Waltz, menyeru semua pihak menghentikan pertempuran dan menegaskan diplomasi adalah satu-satunya jalan ke arah keamanan yang berkekalan.
“Washington menawarkan syarat termasuk kelonggaran sekatan, namun menegaskan korban orang awam terus meningkat akibat serangan Russia,” katanya.
Timbalan Duta Ukraine ke PBB, Khrystyna Hayovyshyn memaklumkan, bahawa Russia menyerang bandar Zaporizhzhia di tenggara Ukraine ketika mesyuarat berlangsung yang mengorbankan lima orang dan mencederakan tiga yang lain.
“ Hanya satu jalan realistik untuk menamatkan perang ini, Russia mesti dipaksa berundur dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan,” katanya. -REUTERS