Siren ‘bergema’ di Tel Aviv ketika sambutan Hari Penebusan

JERUSALEM, 12 Oktober- Siren keselamatan berbunyi di tengah Israel setelah dua dron memasuki negara haram itu dari Lubnan dengan sekurang-kurangnya sebuah bangunan rosak di utara Tel Aviv, semalam.

“Setelah siren diaktifkan di tengah Israel, dua UAV (dron) dikesan melintasi dari wilayah Lubnan. Terdapat kerosakan pada bangunan di Herzliya,” menurut tentera zionis dalam satu kenyataan.

Insiden berlaku ketika warga Israel menyambut perayaan Yom Kippur atau Hari Penebusan.

Awal malam Jumaat, siren amaran turut diaktifkan di puluhan kawasan di barat laut negara haram itu setelah puluhan peluru dilancarkan dari Lubnan. -AFP

BERITA BERKAITAN

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.