Tiga maut, kereta api komuter bertembung di Indonesia

JAKARTA, 5 Januari– Sekurang-kurangnya tiga maut apabila kereta api komuter bertembung di wilayah Jawa Barat Indonesia hari ini.

Rakaman video yang disiarkan oleh saluran berita MetroTV dan Kompas TV menunjukkan beberapa gerabak kereta api telah tergelincir manakala penumpang yang cedera sedang dibantu keluar dari gerabak berkenaan.

Pihak polis berkata mereka yang cedera di bawa ke hospital terdekat menggunakan ambulans.

Ketua Pengarah Kereta Api, Kementerian Pengangkutan, Mohamad Risal Wasal, berkata mereka yang cedera termasuk dua operator kereta api berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan punca pelanggaran belum dapat dipastikan dan tidak diketahui berapa ramai penumpang terlibat dalam kemalangan tetapi kesemua mereka sudah berjaya dikeluarkan. – REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.