WASHINGTON, 4 Januari– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menyuarakan keraguan terhadap pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado dalam memimpin negara itu.
Jelas Trump, beliau tidak mendapat sokongan atau penghormatan rakyat.
“Saya rasa agak sukar bagi beliau menjadi pemimpin. Beliau tidak mendapat sokongan atau penghormatan dalam negara itu. Beliau seorang wanita yang baik, tetapi tidak mendapat penghormatan,” kata Trump dalam satu sidang media pada Ahad.
Trump berkata Venezuela kini berada di bawah kawalan sementara AS.
Ini susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro dalam operasi berani dan pemindahannya ke New York bagi menghadapi pertuduhan pengedaran dadah.
Presiden AS itu menambah bahawa pihaknya belum menghubungi Machado, yang menerima Anugerah Nobel Keamanan tahun lalu dan sebahagiannya mendedikasikan anugerah tersebut kepada Trump. -REUTERS