Trump sedia capai keamanan di Gaza

RAMALLAH, 9 November – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan kesediaan untuk berusaha ke arah ‘keamanan yang adil dan menyeluruh’ di Gaza.

Perkara tersebut disuarakan ketika panggilan telefon bersama-sama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kenyataan pejabat Presiden memaklumkan hasrat Abbas itu bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh berdasarkan legitimasi antarabangsa.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Trump turut memberi jaminan kepada Abbas bahawa beliau akan berusaha untuk menamatkan perang.

“Presiden Trump menegaskan bahawa beliau akan berusaha untuk menghentikan perang.

“Serta kesediaan untuk bekerjasama dengan Presiden Abbas dan pihak berkenaan di rantau ini dan dunia untuk pendamaian.” -AFP

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.