Turkiye sedia bantu rundingan fraksi selatan Yaman – Erdogan

ISTANBUL, 5 Januari – Turkiye bersedia untuk membantu mempermudah rundingan antara semua fraksi di selatan Yaman.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan perkara itu kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menerusi panggilan telefon pada Ahad.

Erdogan berkata Turkiye bersedia menyumbang kepada usaha yang bertujuan menyatukan semua pihak.

Beliau juga menegaskan Ankara memantau perkembangan di Yaman dan Somalia, sambil menekankan bahawa pemeliharaan integriti wilayah kedua-dua negara adalah penting untuk kestabilan serantau.

Perbualan itu berlaku sehari selepas kementerian luar Saudi menyeru fraksi di selatan Yaman menghadiri dialog di Riyadh.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak beberapa tahun lalu menyokong keterlibatan pelbagai puak dalam wilayah Yaman sebagai sebahagian daripada campur tangan mereka dalam perang saudara berlaruran di negara jiran itu.

Yaman telah berperang dengan kumpulan Huthi yang disokong Iran menggulingkan kerajaan pada 2014, mencetuskan campur tangan tentera yang diterajui Arab Saudi.-AFP

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.