Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan sokongan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, susulan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM32.45 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM19.05 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan tender Bil Islam Antara Bank-Bank Bank Negara (BNIBI) bernilai RM1 bilion selama 31 hari pada 14 Mei.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM32.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.1 bilion. – BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.