Niaga hadapan fbm KLCI ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2023 naik 3.5 mata kepada 1,433.0, November 2023 meningkat 4.5 mata kepada 1,433.5, Disember 2023 menokok 4.0 mata kepada 1,434.0 dan Mac 2024 menambah 2.5 mata kepada 1,421.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9,004 lot daripada 8,319 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 53,344 kontrak daripada 50,672 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 2.47 mata kepada 1,435.65 daripada paras penutup 1,438.12 pada Isnin. – BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.