Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan tinggi semasa awal dagangan pada Selasa.

Pada pukul 9.20 pagi, Julai 2024, Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing meningkat 7.0 mata kepada 1,622.0, 1,625.5 dan 1,608.5 manakala Disember 2024 menambah 4.0 mata kepada 1,616.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,437 lot manakala kepentingan terbuka pada 51,486 kontrak.

Pada pukul 9.41 pagi, FBM KLCI meningkat 7.18 mata kepada 1,629.25 daripada 1,622.07 ketika ditutup pada Isnin. -BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.