
KUALA LUMPUR, 14 Januari– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Pada pukul 8.01 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0600/0680 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0600 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) telah meningkat sebanyak 0.29 peratus kepada 99.152 mata dalam persekitaran risiko geopolitik semakin memuncak, susulan protes di Iran terus menarik perhatian pentadbiran Donald Trump.
Ini menunjukkan potensi campur tangan daripada AS kemungkinan besar akan berlaku, katanya kepada Bernama.
“Pada masa sama, data makroekonomi di AS juga menunjukkan bahawa kadar inflasi utama pada bulan Disember kekal pada 2.7 peratus, manakala kadar inflasi teras menyederhana kepada 2.6 peratus.