ALPHA raih sambutan luar biasa di Singapura

SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam.

ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah penting memperkukuh jenama M-pop tempatan di pasaran antarabangsa.

“Acara bersejarah itu turut menandakan pencapaian penting apabila ALPHA diumumkan sebagai artis pertama membuka tirai ‘Celebfest Amplified’, sebuah platform eksklusif yang menghimpunkan peminat dan artis dalam suasana lebih rapat.

“Kehadiran peminat yang memenuhi ruang acara membuktikan pengaruh serta penerimaan positif ALPHA di peringkat serantau,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang acara berkenaan, ALPHA menghiburkan peminat dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu popular seperti “Mona Lisa (Bang Bang)” dan “P. Ramlee Saloma”, selain sesi interaksi dekat, hi-tea serta sesi bergambar yang mencipta kenangan bermakna buat peminat.

Dengan kejayaan pertemuan itu, ALPHA bukan sahaja mencipta sejarah di Singapura, malah terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan lelaki M-pop Malaysia yang semakin mendapat perhatian di peringkat serantau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.