‘Raja Komen’ tampil dengan single baharu ‘Salahkah’

KUALA LUMPUR, 24 Disember-Penyanyi, Erul Samah yang kini digelar sebagai ‘Raja Komen’ kembali mempertaruh single baharu berjudul ‘Salahkah’.

Lebih istimewa, Erul juga berperanan sebagai komposer dan penulis lirik manakala susunan muzik pula diolah oleh Sharon Paul.

Jelas Erul, lagu tersebut mempunyai kekuatan melodi dan lirik yang berbeza jika dibandingkan single sebelum ini kerana disesuikan untuk menjadi lagu runut drama melayu moden.

“Saya memasuki industri ini memang nak jadi seorang penyanyi pada asalnya, cuma rezeki itu lebih jadi pelakon sekarang, jadi ‘influencer’ (pempengaruh), ‘Raja Komen’, tetapi ada kenalan saya menasihati saya untuk membuat kemunculan semula.  Jadi saya akan buat yang terbaik,” kata Erul kepada pemberita di sini.

Tambahnya, Salahkah mengisahkan tentang hubungan cinta yang terlerai akibat sikap ego yang menguasai diri.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.