65 motosikal disita, remaja 14 tahun ditahan

KUALA LUMPUR, 28 Disember – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menyita 65 motosikal melalui pemeriksaan terhadap 3,244 kenderaan dalam operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara dalam tiga operasi berasingan malam tadi.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi di Jalan Genting Sempah, Tol Gombak serta Jalan Ampang melibatkan sekitar Menara Berkembar KLCC.

JPJ turut mengeluarkan 811 saman atas pelbagai kesalan teknikal dan dokumen selain menahan ramaja berusia 14 tahun.

“Apa yang membimbangkan, kami menahan penunggang seawal usia 14 tahun. Terdapat juga motosikal yang diubah suai dengan kos mencecah RM18,000 semata-mata untuk kelajuan dan bunyi bising,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas tamat operasi di ibu negara hari ini.

Sebanyak 1,002 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan, khususnya melibatkan pengubahsuaian ekstrem dan aktiviti tunggangan berbahaya.

Fokus utama operasi kali ini adalah bagi menangani trend pengubahsuaian motosikal secara ekstrem yang sering dikaitkan dengan aktiviti samseng jalanan, selain bertindak atas rungutan orang awam mengenai gangguan ketenteraman dan bunyi bising.

Operasi yang bermula sejak malam Sabtu itu melibatkan Operasi Pelbagai di susur Genting Sempah serta Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Gombak dan sekitar pusat bandar termasuk kawasan KLCC.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.