Lelaki maut ditembak di depan kedai makan

JOHOR BAHRU, 8 Januari- Seorang lelaki maut selepas ditembak empat kali, dalam satu kejadian di hadapan kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor, tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar dalam kenyataan berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 40-an maut di tempat kejadian.

Satu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah ditubuhkan bagi mengenalpasti individu terlibat dan punca atau motif kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang awam diminta hentikan spekulasi sehingga mengganggu siasatan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.