Tragedi Banjir Lumpur di Aceh Utara pada November lalu, masih terpahat dalam ingatan penduduk terjejas sehinggakan ada diantara mereka menggelarnya “Tsunami Kedua”. Kampung Geudumbak, antara kawasan penempatan yang teruk dilanda badai. Imam surau kampung berkenaan, menjadi antara individu terselamat, selepas terperangkap di atas pokok kelapa sawit, hampir 48 jam.
Wartawan kami, Erwin Zaid melaporkan dari lokasi.