158 sekolah di Johor terima perabot baharu

ISKANDAR PUTERI, 27 November – Peruntukan sebanyak RM2.5 juta dibelanjakan bagi menggantikan perabot di sekolah agama yang usang di Johor yang akan memanfaatkan 158 buah sekolah di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peruntukan itu melibatkan 9,370 perabot termasuk meja, kerusi murid serta kantin sekolah. 

“Bagi baik pulih kecil peruntukan sebanyak RM1,000 bagi setiap sekolah disediakan melalui Pejabat Pendidikan Daerah, segala peemohonan baik pulih kecil akan diajukan kepada Pejabat Pendidikan Islam Daerah dan kerja-kerja baik pulih diuruskan Pejabat Pendidikan Islam Daerah,” kata Mohd Fared dalam persidangan kedua Dewan Negeri Johor, di sini.

Kerja-kerja baik pulih kecemasan turut dilakukan bagi sekolah di negeri ini yang memerlukan pembaikan segera. 

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.