Agong berkenan hadir Majlis Perasmian Pesawat Kargo A321F

SEPANG, 12 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustaffa Billah Shah berkenan menghadiri Majlis Perasmian Pesawat Kargo A321F milik Teleport di Sepang Aircraft Engineering (SAE).

Seri Paduka Baginda bertitah, perkhidmatan logistik udara itu menawarkan perkhidmatan berpatutan dan pantas sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

“Saya pasti keupayaan syarikat Malaysia sebagai satu syarikat penerbangan yang berdaya maju dan perlu dicontohi yang lain. Semoga yang terbaik untuk Pesawat Kargo A321F,” demikian titah Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak.

(Al Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustaffa Billah Shah)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.