Agong berkenan terima menghadap PM China Li Qiang

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang di Istana Negara hari ini.

Li tiba kira-kira pukul 3.30 petang diiringi Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta delegasi China.

Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.

Li dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula semalam untuk memperkukuh hubungan dua hala dan juga bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Terdahulu, Li mengunjungi rakan sejawatnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya bagi mengadakan pertemuan tertutup membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Selain itu kedua-dua Perdana Menteri berkesempatan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman, perjanjian (MoU/MoA), protokol dan kenyataan bersama melibatkan sembilan kementerian antara Malaysia dan China.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.