Agong selamat jalani rawatan di luar negara

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan “musculoskeletal” (otot dan tulang).

Menurut Istana Negara, kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif baginda yang gemar bersukan sewaktu muda terutamanya bermain polo.

“Sultan Ibrahim bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda.

“Yang di-Pertuan Agong dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari,” menurut kenyataan itu.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.