Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri

KUALA LUMPUR, 7 Januari -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di empat negeri hingga 11.00 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu diramal di Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak di Perak.

“Amaran sama juga melibatkan beberapa kawasan di Kelantan termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta di Sarawak (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.