Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 16 Oktober– Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan ribut petir dijangka melanda Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.

Situasi sama diramalkan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan) serta Sandakan (Tongod dan Sandakan).

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.