Ambang tahun baharu: Beberapa jalan di Kuching ditutup

KUCHING, 28 Disember – Beberapa jalan utama di sekitar Tebingan Kuching akan ditutup sempena penganjuran acara Kira Detik 2026 Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penutupan dilakukan bagi melancarkan perjalanan program serta memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang acara berlangsung.

Penutupan jalan bermula pukul 4 petang, 31 Disember hingga 2 pagi, 1 Januari melibatkan Jalan Main Bazaar/Lebuh Wayang, Jalan Market/Jalan Gambier, Lebuh Java/Jalan Gambier dan Jalan Lebuh Java.

Turut ditutup ialah Jalan Wawasan/Jalan Tun Abang Haji Openg, susur Wisma Pelita, susur serta lampu isyarat Saint Mary dan Jalan Main Bazaar/Lebuh Temple.

Dalam perkembangan lain, Op Lancar akan diaktifkan bermula esok hingga 2 Januari di Kuching, bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena sambutan Tahun Baharu 2026 dan cuti sekolah.

Operasi itu akan memberi tumpuan kepada 10 lokasi utama yang dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.

Lokasi terlibat ialah Jalan Gambier, Jalan Wan Alwi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Tun Jugah, Jalan Tabuan, Jalan Stutong Baru, Jalan Setia Raja, Jalan Pending, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakop dan Jalan Rock.

Menurutnya seramai 10 pegawai kanan dan 40 anggota polis ditugaskan sepanjang pelaksanaan operasi tersebut.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.