Anwar bertemu Menteri Pertahanan Indonesia

PUTRAJAYA, 30 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat sahabat lamanya yang juga Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut Anwar, pertemuan itu membawa kepada perbincangan pelbagai isu antara Malaysia-Indonesia meliputi soal pertahanan dan keamanan negara.

“Semoga hubungan kedua-dua negara serumpun ini terus terjalin erat dan utuh buat selamanya, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi catatan di Facebook miliknya.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.