PUTRAJAYA, 30 Disember -Pemimpin negara anggota ASEAN akan meneliti perkembangan terkini di Myanmar susulan pelaksanaan fasa pertama pilihan raya yang berlangsung hujung minggu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penilaian oleh blok serantau itu akan dibuat secara berhati-hati dan berperingkat.
“Sebarang penilaian akan berpandukan keperluan untuk mengurangkan keganasan serta mengelakkan tindakan yang boleh menambah perpecahan atau memberikan pengiktirafan yang terlalu awal dan mengekalkan kemungkinan laluan yang inklusif dan dipercayai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Jelas Datuk Seri Anwar, Malaysia bersama ASEAN akan terus memantau situasi di Myanmar dengan cermat selaras prinsip keamanan, kestabilan dan inklusiviti.