Banjir di Terengganu bertambah buruk, penduduk terjejas meningkat kepada 15,398 orang

(Gambar Fail)

KUALA TERENGGANU, 1 Mac – Banjir di Terengganu bertambah buruk di mana bilangan penduduk terjejas meningkat kepada 15,398 orang sehingga pukul 6 pagi tadi berbanding 14,700 orang semalam.

Kesemua penduduk ditempatkan di 139 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 3,965 keluarga di semua daerah.

Menurut laporan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Daerah Kemaman masih merekodkan pertambahan dengan 5,442 penduduk melibatkan 25 PPS.

 

(Gambar fail)

 

Hulu Terengganu merekodkan 3,700 orang manakala Dungun bertambah kepada 2,988 penduduk.

Di Besut melibatkan 1,174 orang, Setiu menurun kepada 848 penduduk, Kuala Terengganu meningkat kepada 728 penduduk, Kuala Nerus juga meningkat kepada 513 penduduk dan Marang kekal dengan lima penduduk di satu PPS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.