Banjir kilat, lima kawasan di Hulu Perak terjejas

GERIK, 13 November- Lima kawasan di daerah Hulu Perak dilanda banjir kilat, petang tadi.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kawasan terlibat adalah Pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Kampung Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.

“Kejadian pada pukul 6.25 petang itu berpunca daripada hujan lebat berterusan selama lebih tiga jam sehingga menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan kedai berhampiran.

“Susulan itu, 25 buah rumah serta empat rumah kedai dinaiki air.

“Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan keadaan semasa ketika ini hujan lebat,” katanya menerusi kenyataan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.