Banjir Miri: Angka penduduk terjejas meningkat

KUCHING, 4 Januari – Penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri bertambah kepada 114 orang, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia menjadikan jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir di PPS tersebut seramai 161 orang daripada 52 Ketua Isi Rumah.

“Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Kawang dan Kampung Jenggalas di Bekenu,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.