KUALA LUMPUR, 4 Januari – Penduduk terjejas banjir di tiga negeri iaitu Sarawak, Johor dan Perak. semakin berkurangan dengan seramai 744 penduduk terjejas daripada 251 keluarga di empat negeri di tempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 1,076 penduduk pukul 4.30 petang tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabah menunjukkan peningkatan penduduk terjejas apabila merekodkan seramai 496 penduduk daripada 173 keluarga di dua daerah iaitu Beaufort dan Kota Kinabalu.
Berdasarkan Pengurusan Bencana Negeri Sabah, di Beaufort, 328 penduduk daripada 118 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
Mereka merupakan penduduk dari lapan buah kampung yang terjejas banjir.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, 139 daripada 47 keluarga ditempatkan di Dewan Masjid Al- Munir Kampung Darau.
Dalam perkembangan sama, Sarawak pula menunjukkan jumlah penurunan dengan 122 mangsa daripada 43 keluarga.
Johor dan Perak masih kekal dengan 51 mangsa dan 22 mangsa melibatkan masing-masing satu daerah.