KUCHING, 4 Januari – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di Miri, Sarawak, setakat pukul 8.00 malam tadi.
Menurut kenyataan media Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia melibatkan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu.
“PPS berkenaan menempatkan 47 penduduk terjejas banjir daripada 18 Ketua Isi Rumah,” menurut kenyataan itu.
Cuaca yang semakin baik dijangka membolehkan penduduk untuk pulang ke kediaman masing-masing dalam masa terdekat.