Batu Pahat, Larkin kekal catat ipu tidak sihat petang ini

(FOTO APIMS)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Dua kawasan di Johor iaitu Batu Pahat dan Larkin kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 4 petang ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan berkenaan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153 dan 112.

Sementara itu, 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan 20 lagi baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.


(FOTO HIASAN)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.