Belia Johor disaran rebut peluang dalam sektor pelancongan

JOHOR BAHARU, 25 Jun-Golongan belia Johor diseru merebut peluang perniagaan susulan peningkatan ekonomi di negeri ini terutama sekali dalam sektor pelancongan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia bagi memastikan belia di negeri itu dapat menikmati peluang disediakan sekali gus mengelak daripada dikuasai orang luar.

Menurutnya lagi, ekonomi Johor semakin berkembang dalam tempoh beberapa tahun ini susulan kekerapan warga Singapura yang melancong ke negeri berkenaan.

Selain itu, faktor keindahan semulajadi negeri itu turut berupaya menarik minat pelancong asing dan Eropah.

“Para pelancong kembali kepada alam sekitar.

“Jadi kalau kita tidak ambil kesempatan merebut peluang-peluang perniagaan, orang luar akan datang masuk dan merebut peluang tersebut”, katanya ketika merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru dan Penyerahan Sumbangan Persatuan MBFM di Hotel Amari di sini.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.