Blok asrama Madrasah Tahfiz Al Yamani di Perak terbakar

(FOTO BOMBA)

SELAMA, 11 Oktober- Sebuah blok bangunan asrama Madrasah Tahfiz Al Yamani di Kampung Sungai Rambutan, di sini, terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.34 pagi.

Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran tersebut melibatkan bahagian asrama di bangunan Kelas A di tingkat satu yang telah musnah sebanyak 15 peratus.

Insiden bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

Sehingga berita ini ditulis, operasi pemadaman masih dijalankan.

(FOTO BOMBA)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.