KUALA LUMPUR, 30 Disember – Empat pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) mengumumkan peletakan jawatan masing-masing, susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN.
Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker.
Pengumuman sama turut dibuat oleh Pengerusi PN Johor, Dr. Sahruddin Jamal serta Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Keempat-empat pemimpin berkenaan memaklumkan keputusan itu diambil sebagai tanda menghormati pendirian Tan Sri Muhyiddin, yang akan melepaskan jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Peletakan jawatan itu dibuat selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tatakelola organisasi PN.