Fahmi ucap salam Nuzul Quran kepada umat Islam

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengajak umat Islam untuk menghayati Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan pembacaan, penghayatan dan pengamalan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata Al-Quran adalah panduan hidup yang membawa keberkatan serta menjadi penawar bagi hati, membimbing umat Islam ke arah kehidupan yang lebih dekat dengan Allah SWT.

“Semoga al-Quran menjadi penawar bagi hati dan panduan hidup yang sentiasa memberi keberkatan.

“Salam Nuzul al-Quran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.