PUTRAJAYA, 24 Oktober -Garis panduan serta amalan sedia ada berkaitan penyajian alkohol dalam penganjuran acara di dewan sekolah masih terpakai
- Garis panduan serta amalan sedia ada mengenai penyajian alkohol di dewan sekolah kekal terpakai selepas perbincangan Jemaah Menteri.
- Kerajaan percaya peraturan sedia ada mencukupi untuk mengawal penggunaan premis sekolah dan memastikan kepatuhan.
- Kementerian Pendidikan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi; pendidikan harus kekal persekitaran kondusif tanpa alkohol.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan dan disahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini.
“Bagi sesetengah sekolah, terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), ada dewan yang diuruskan oleh lembaga pengelola sekolah atau dibangunkan pihak swasta.
Jadi perkara ini memang telah diambil maklum dan dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri. Sebab itu, peraturan sedia ada kekal terpakai,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.
Beliau menegaskan, kerajaan berpandangan, peraturan sedia ada sudah memadai bagi mengawal penggunaan premis sekolah.
Jelas Datuk Fahmi, Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan di Dewan Rakyat bahawa alkohol tidak wajar dihidangkan di kawasan sekolah.
Tegas beliau, institusi pendidikan perlu kekal sebagai persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sesuai untuk kanak-kanak.