Gempa bumi kuat melanda rantau New Britain, Papua New Guinea

KUALA LUMPUR, 15 April- Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada pukul 4.56 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 68 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 30km tenggara dari New Britain Island, PNG.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.