Gempa bumi lemah di perairan timur Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Januari – Gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala richter berlaku di perairan timur Sabah pada 2.11 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, pusat gempa bumi iut terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurutnya ia dengan jarak 57 km timur laut dari Sandakan, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu, hari ini.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.