Gempa bumi lemah dikesan di Kota Marudu

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini memaklumkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 magnitud berlaku di Kota Marudu, Sabah pada pukul 10.39 pagi tadi.

METMalaysia memaklumkan bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada koordinat 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dengan jarak 27 kilometer (km) di selatan Kota Marudu.

“Gempa bumi yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kota Marudu, Sabah dan kawasan sekitarnya.

“Susulan kejadian itu, METMalaysia akan terus memantau keadaan di kawasan terbabit,” menurut kenyataan tersebut.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.