RAUB, 1 Januari – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan dihanyutkan arus di Whitewater Rafting Jeram Besu berdekatan Kampung Jeram Besu, Raub tengah hari tadi.
- Mangsa Mohamat Firdarus Jamaidi, 25, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus semasa mandi di Jeram Besu.
- JBPM Pahang menggerakkan pasukan dari BBP Raub segera ke lokasi selepas terima panggilan NG999.
- PPDA dari BBP Bukit Angin dan anggota dari BBP Temerloh turut dikerahkan untuk operasi SAR di air.
- Operasi SAR menggunakan teknik pencarian permukaan air dilaksanakan di kawasan jeram.
- Pelbagai agensi dan penduduk kampung turut membantu dalam usaha mencari mangsa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada pukul 2.47 petang.
Mangsa, Mohamat Firdarus Jamaidi, 25 , dilaporkan hilang ketika sedang mandi di kawasan jeram berkenaan bersama isterinya.
Sejurus menerima panggilan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub diketuai PBK I Che Anuar Ahmad bersama jentera segera ke lokasi kejadian.
Manakala Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin diketuai PBK II Mohd Syamsul Idzuan Abdul Malek bersama empat anggota dari BBP Temerloh turut diarahkan ke lokasi kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan teknik pencarian di permukaan air (surface searching).
Turut serta dalam pencarian mangsa ialah lima anggota Polis, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga orang PBS Kuala Gali serta orang kampung.
Setakat ini usaha mencari masih diteruskan