Kebakaran Flat Sri Sabah, babitkan beberapa rumah

CHERAS, 11 Februari- Beberapa unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur terbakar malam tadi.

Jelas Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Kamarulzaman Busirun, setakat ini tiada kemalangan jiwa yang direkodkan.

“Setakat ini, yang terbakar ini adalah blok 70 Flat Sri Sabah di aras atas sekali iaitu tingkat 17. Rumah yang terbakar adalah beberapa pintu. Pihak kami telah memadam kesemua api, yang ada ini hanya tinggal bara, jadi bomba tengah buat ‘cooling’ sekarang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, menerusi siaran langsung di TikTok, kebakaran itu dirakam penduduk di blok bersebelahan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.