Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menegaskan komitmen memelihara keharmonian dalam kepelbagaian sebagai teras kemajuan negara.
  • Fokus ditumpukan kepada memperkukuh ekonomi demi memastikan kesejahteraan rakyat.
  • Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama rakyat.
  • Perdana Menteri menyampaikan mesej harapan baharu untuk tahun ini kepada rakyat.
  • Penegasan komitmen ini disampaikan melalui perkongsian rasmi di platform media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.

“Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!,” katanya.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.